Wednesday 23 January 2013

Salam Maulidur Rasul 1434 dan Sanah Helwah Ya Ummi ..


Assalamualaikum .. Jom sama-sama berselawat ke atas Baginda Muhammad SAW , Allahumma sallii ala Sayyidina Muhammad .. Oh ya , tahun ini , birthday Ummi mengikut kalendar Masihi ( 24 Januari ) dengan Hari Kelahiran Putera Kepada Abdullah bin Abdul Mutalib dan Aminah binti Wahab yang bernama Muhammad bin Abdullah mengikut kalendar Hijriah ( 12 Rabiul Awal ) telah bersatu , maksud saya  2 peristiwa dalam 1 hari .


Ya, seperti mana yang kita tahu bahawa sejarahwan Islam sepakat baginda Nabi s.a.w lahir pada Hari Isnin, cumanya mereka berbeza pendapat tentang tarikh lahir baginda s.a.w. Kita biasanya mendengar disebut pada tarikh 12 Rabi’ul Awwal. Namun ramai pengkaji yang menyatakan bahawa tarikh sebenar maulid baginda ialah pada 9 Rabi’ul Awwal.

Antara yang berpegang dengan tarikh ini al-Syeikh Safiyy al-Rahman al-Muabarakfuri iaitu penulis kitab Sirah terkenal Rahiq al-Makhtum. Di samping di sana ada beberapa tarikh lain yang disebut oleh pengkaji sejarah yang lain. Kegagalan untuk memberikan tarikh yang disepakati itu antaranya berpunca dari para sahabah, tabi’in dan tabi al-tabi’in atau disebut generasi salafus soleh tidak merayakan Maulid Nabi s.a.w.
Al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) mencatatkan bahawa cadangan agar tarikh Maulid Nabi s.a.w dijadikan tarikh kiraan tahun Islam pernah dibuat kepada ‘Umar bin al-Khattab. Namun beliau tidak menerimanya.
Kata seorang pengkaji Sirah yang juga merupakan tokoh politik dan Ahli Parlimen Jordan, Dr Muhammad ‘Abd al-Qadir Abu Faris:
“Pada pendapat kami –Allah lebih mengetahui-, hikmah di sebalik penolakan Umar itu kerana beliau mempelajari dari Rasulullah s.a.w agar kita berbeza dengan Yahudi dan Kristian. Orang Kristian menentukan tarikh berdasarkan kelahiran Nabi Isa bin Maryam a.s. Mereka berlebihan dalam memuji dan membesarkan baginda sehingga sampai ke peringkat ketuhanan. Mereka kata: dia anak Allah, kadangkala “dia Allah” dan dia satu dari yang tiga.
Tujuan ‘Umar itu agar orang Islam tidak terjatuh seperti Kristian dalam berlebihan membesarkan Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w sendiri telah memberi amaran agar tidak berlebih-lebihan dalam memuji baginda. Sabda baginda: “Jangan kamu memujiku berlebihan seperti Kristian berlebihan memuji Isa bin Maryam. Aku hanya seorang hamba Allah. Katakanlah: “Hamba Allah dan rasulNya” (al-Bukhari). Maka Umar tidak menjadikan maulid Nabi s.a.w sebagai permulaan kalendar Islam untuk mengelakkan generasi kemudian menyeleweng”(Abu Faris, al-Hijrah al-Nabawiyyah, m.s 16, Jordan: Dar al-Furqan).
Inilah ulasan Dr Abu Faris dan pendapat ini dikongsi oleh ramai pengkaji yang lain.
Tanpa syak umat Islam berbangga dengan kedatangan Nabi s.a.w. Kelahiran yang membawa kebahagiaan dan rahmat kepada dunia sejagat. Cumanya, dalam proses mengelakkan persamaan di peringkat itu mereka tidak mengadakan sebarang perayaan khas. Bukan bererti mereka tidak menghargai. Sebaliknya generasi Salafussoleh merupakan zaman yang paling menghormati, mengikuti dan menghargai Nabi s.a.w.
Mereka terjemahkan itu semua dalam tindakan dan perbuatan mereka. Mereka mengamalkan sunnah baginda dan menegakkan prinsip-prinsip kebenaran yang ditegakkan oleh baginda. Hakikatnya, mereka merayakan pengutusan Nabi s.a.w sebagai rasul sepanjang hayat mereka. Namun apabila muncul zaman Kerajaan Syiah Fatimiyyah di Mesir, perayaan Maulid Nabi s.a.w secara besar-besaran diadakan. Sebab itu dalam Fatawa al-Azhar diakui bahawa ahli sejarahwan Islam tidak mengetahui sesiapa pun yang memulakan perayaan Maulid Nabi s.a.w melainkan Kerajaan Syi’ah Fatimiyyah di Mesir yang mengadakannya secara besar-besaran. Mereka turut meraikan hari kelahiran tokoh-tokoh Ahlil Bait dan kelahiran Nabi Isa a.s.
Kemudian pada tahun 488H dihentikan oleh Khalifah mereka al-Musta’la billah. Kemudian ia dihidupkan oleh beberapa pemerintah yang lain. Para ulama pula berbeza pendapat tentang hal ini. Ada yang membantah habis-habisan. Ada pula yang mengizinkan dengan bersyarat tidak mengadakan sebarang ibadah baru sempena Maulid, iaitu seperti solat Maulid, atau puasa maulid, atau seumpamanya. Sudah pasti mengingati maulid dengan mempelajari Sirah baginda, berdiskusi mengenainya dan mengingatkan tentang kepentingan menghayati perjuangan baginda, tidaklah salah.
Adapun Kerajaan Fatimiyyah, mereka mempunyai agenda politik yang tersendiri. Mereka ingin berkempen kepada kekuatan aliran syiah mereka. Beberapa pemimpin sunni kemudiannya mengadakannya juga atas berbagai tujuan yang lain. Ia berlangsungan dalam kebanyakan negara sehingga dibawa ke negara kita ini.


Melihat kepada sejarah perayaan maulid, maka jelas bahawa isu perarakan bukan isu pokok dalam ajaran Islam. Ia sangat sampingan. Bahkan perayaan itu sendiri antara amalan yang menimbulkan pro dan kontra sepanjang sejarahnya. Tidak mengadakan maulid tidak menjejaskan sebarang akidah atau amalan Islam. Tentu pasti, tidak berarak maulid tidak memberikan apa-apa kesan kepada kehidupan seorang muslim .
(إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا)

Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi....Wahai orang beriman! Berselawatlah dan salam sejahtera ke atasnya dengan penghormatan . ( Quran 33:56 )


Dan 

Sanah Helwah Ya Ummi <3

Ana uhibbuki enti ya Ummi !

* Gambar celebrate kena tunggu dulu *

Okey , sekian.. Assalamualaikum , mari perbanyakkan selawat sahabat fillah :)








Saturday 19 January 2013

~ Happy Belated Birthday Akmal ~

My Akhi ;)
Assalamualaikum ... Huahahahhaha , kesian adik Kak Ya ( panggilan untuk adik-adikku kepada diriku ) .. Bithday dia , lambat tersangat nak celebrated birthday... Takpe lah Akmal , lagi pon , bukan awak kesah pon kan ?? 

Seperti mana , saya btw tempoh hari , bithday dia 14 Januari  , birthday dialah yang pertama dalam ahli keluarga kami .. So, pembuka tirai untuk tahun-tahun yang selama ini , birthday dia mesti first untuk disambut , dan pembuka tahun untuk kami sekeluarga makan kek .. Tapikan , tahun nie , Akmal tak nak kek yang beli dekat kedai , dia nak Ummi buat sendiri or tak payah buat terus ...Disebabkan itu , Ummi buat kek lambat sedikit sebab Ummi kan kerja , Ummi busy laa bila hari kerja .. So buat hari hujung minggu jee laa ..Okey , jom layan gambar yang tak berapa nak clear sangat nie ..

Miss the budak babam !! Sekarang , nie badan dah sekeping !!
Kami lima beradik ! <3
Ini adalah hasil tangan Ummi , Aina dan Alya . 

Peace from Akmal .. * Akmal , tak pandai potong kek laa ...

Akmal dan Afiq . Dua-dua adik saya . Abang dan Adik :)

Alhamdulillah .. Sedapnya kek !!

Itu sahaja cerita kali ini .. 
Okey , sekian .. Assalamualaikum ..

Friday 18 January 2013

A.T.A.N

My name is Atan .

Assalamualaikum ....Kali ini entry blogku agak lain sedikit tajuknya .. Heheheheh , takpe lah kan , kadang-kadang kita mesti tukar selera kan ??!! Huahuahahuuahahh...Okey , ATAN itu sebenarnya nama panggilan sahaja , tetapi dah terbiasa untuk kami menyebut namanya .. Bukan boyfriend saya lah , Atan tu , tapi sebenarnya kawan saya punya kawan , ada faham ? Maksud saya , kawan saya tu namanya Sufi , dia bagi nama seorang kawan lelaki dia , namanya ialah ***** tapi Sufi tak nak bagi orang lain tahu nama kawan lelaki dia tu , so saya bagi laa nama Atan ..Okey , jom baca .. saya tak tahulah nak bagi tajuk apa , sebenarnya tajuk tu ... yang saya tahu klu dia mesti ada TAN ..

Nama aku Atan ,


Aku tinggal di Kota Metropolitan ,


Aku suka makan buah rambutan ,

Perangai aku macam Setan ,

Hari-hari kena rotan ,

Dengan Cikgu Hatan , 


Rambut aku macam orang utan ,

Mak bapak aku orang Kelantan ,



Aku lahir dalam hutan ,


Tapi dalam Garisan Sartan , 

Nama adik aku yang perempuan ialah Intan ,

Dia suka minum santan ,


Cita-cita aku nak jadi Sultan ,

Tapi tak berkesempatan .


Okey , setakat itu sahaja . Assalamualaikum .



Wednesday 16 January 2013

New Year 2013 !

Assalamualaikum , .. ohh laaa maaak !!! Lama nya tak update blog , akhir update kalau tak silap bulan 12 tahun lepas .. al maklum lah kann ... saya student .. so , homework mesti bertimbun-timbun .. takde maknanya boleh update blog ..busy ...Jom dengar saya cerita .

1.1.2013 ~ Shopping lagi , untuk beli barang sekolah yang terakhir . Ummi sebenarnya nak beli beg sekolah Akmal dekat Kuantan Parade or dikenali sebagai KP . Tapi saya juga beli jugak , beli 2 barang sahaja , memandangkan barang sekolah dah lengkap dan cukup . Apa yang ' Doktor Cinta Islami ' beli yerkk ??? Hehehehehhehh , ofcoz laa , pensil picit pilot dan pen pilot warna hitam .. Btw , memang saya peminat dan pengguna setia pilot , biarpon mahal tapi berkualiti ..Okey , yang ini gambar Aina dan Afiq , waktu dekat KP ..
Aina tengah tunjuk Afiq badut yang tengah buat lakonan dari jauh ..
Ohh yaa !! Lupa nak btw , pada 1.1.2013 ada 2 orang badut dekat KP tu .. tapi saya tak letak laa dalam blog nie .. Hihihihihihih ..


Okey , then 2.1.2013 sehingga sekarang minggu persekolahan sudah bermula .. Sekarang , nie free kejap , sebab ada 1 homework jerr , sikit jerr ... kejap lagi nak buat laaa ..


Dengar gelak tawa kadang-kadang mengundang senyuman walaupun kadang-kadang tengah marah .. Mereka memang lawak terutama Syakirah dan Sufi . Ish ish ish ... gelak jer kejanya !! Hahhhaahhaha , takpe asalkan kami bahagia , tapi kesedihan juga ada juga menimpa .. Tersenyumlah wahai diri , walaupun dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu !!:'(

14.1.2002 , lahir laa seorang adik saya yang bernama Mohammad Akmal Hadi bin Azmi , sekarang nie dah berusia 11 tahun .. adik yang paling nakal.. adik yang paling susah sekali nak jaga .. adik yang paling ego !! Tapi sekarang dah nampak perubahan tu ...Alhamdulillah !!
Akmal . 

Akmal and me . Itu laa , Akmal ..
Okey , sekian . Assalamualaikum .