Friday 23 November 2012

Kawan itu SAHABAT . ~ Part 1 ~


Assalamualaikum .. Ya Allah dah lama Alya tak update blog , am I right ? Hmm , bukan malas cuma tak rajin jerr ..Sama jee kan jawapannya ? .. Sebelum cerita tentang ' kengkawan ' kena baca Bismillah dan selepas itu perlu meniup blog yang dah bersawang nie .. *Fuhhh !!! Perghh !! Dah berhabuk blog nie rupanya ;) Okeylah , jom layan gambar sambil melepaskan ' rindu yang terpendam ' .. Huk huk :'( , rindu korang <3
My class mate . Hmm , rindu korang yang giller nakal and sporting :)    








Amir , Suhaidi , Muazz , Aiman , Fayyidh and Azam .
Suhaidi , Muazz , Ammar and Alif Chek Any .
Rumaisha , Ainul , Aimi , Alya and Nad .
Fayyidh , Danial Zulhairy and Aliff .
Me with Madihah.
Ainul and Aimi . Ainul satu sekolah Ihsan dengan Nad and Alya .
Friendship till Jannah . In shaa Allah .
Inilah kawan baik saya Dunia Akhirat . Muazz !


Ini Rumaisha . Kami berkawan sejak umur 5 tahun lagi .
Me with Aimi .
Fayyidh , Suhaidi , Muazz and Amir .
Ini Nadhirah atau ' Nad ' . Kami berkawan sehingga sekarang . Sebab satu sekolah Ihsan laa ..

 
Ini pulak Eleesa atau dikenali sebagai ' Icha '.

Ini Naim . Icha panggil ' Nying-nying '.



Ini Alif Asyraf . Saya panggil dia ' Alih Athlah '.




Me with Puteri .
Eleesa and Sofia .

Okeylah , gambar sampai situ jerr .. Sooorrry gambar memang tak tersusun langsung . Kalau xde gambar korang semua sorry laa .. I'm so sorry . Bye . Assalamualaikum .

Friday 16 November 2012

Ya Allah .. Save Palestine :'(

Save Palestine !



Inilah kami , yang menangis , merintih kerana nak menangkan agamaMu , Ya Allah :)

Assalamualaikum .. Allahuakhbar ! SubhanaAllah ! Lailahaillahmuhammadurrasulullah ! Astaghfirullah ! Innalillah ! MashaAllah ! TabarakaAllah fikum !   

Tak terucap di bibir ini untuk memuji Sang Pencipta kerana kuasaNya yang cukup BESAR ! Hari ini , kita masih dibelenggu dengan masalah saudara-saudara kita di Palestine . Ya Allah cukup kasihan untuk mereka yang terpisah oleh keluarganya , tetapi InsyaAllah mereka akan meraih SyurgaMu dan berjumpa dengan keluarga , kaum kerabatnya di 'sana' ..Mereka berjihad di jalanMu Ya Allah .. Mereka ingin memenangkan agamaMu Ya Allah .. Ramai yang  SYAHID termasuk anak-anak kecil yang belum mengenal BumiMu ini Ya Allah .. Syurga menanti dik :) , Syurga menunggu kamu :) , tersenyumlah walaupon cedera :) , .. Ya Allah sebaknya bila menulis pasal saudara seislam sejagat ini :'( ..


Sama-sama kita doakan saudara-saudara di Gaza, Palestin yg sedang digempur oleh tentera haram zionis laknatullah.. Salah seorang yg syahid dalam serangan udara tentera Israel adalah Ahmad Al-Ja'bary, Komandan Tentera Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas..

Semoga Allah merahmati beliau & para syuhada' yg gugur dlm perjuangan di tahun baru hijrah 1434 ini. Ia merupakan anugerah tertinggi dr Allah..Syurga menanti para syuhada'.. Allahuakbar..

Allahuakhbar !
Lagi tentang As-Syahid Ahmad Al-Ja'Bary ..

Ya Allah naknya mati Syahid :'(

Awal Muharram 1434

Gaza is Under attack. Please. PRAY for Gaza.

serangan Israel Ke atas GAZA telah mengakibatkan korban nyawa seorang pimpinan HAMAS yang juga merupakan adik kepada Mahmoud Zahar, Ahmad Al-Jaabari yang juga Ketua Umum Briged Al-Qassam. Ramai juga orang awam dan kanak-kanak tidak berdosa terkorban. Lebih 100 orang cedera dan 11 yang telah Syahid.

Serangan dipercayai dibuat untuk meraih undi dalam Pilihanraya Israel yang dijadualkan terdekat bulan Januari 2013.

Semoga mereka teguh dan Thabat dan kuat menerima tekanan tidak lupa juga ke atas semua umat Islam dunia. Terkini serangan balas dilakukan ke atas Israel sebagai tindak balas ke atas serangan udara Israel terhadap Gaza.

Israeli National Security Minister Avi Dichter: "We have no intention to end this round of fighting and suffer more hits in the next"

............................................................

“God will most certainly aid those who triumph His cause: for, verily, God is most powerful, exalted in Might” (Quran, 22:40)

Ingat ! Allah Maha Kuasa.


Di antara temapat di Palestine yang telah dibomkan oleh Israel Laknatullah !

Perkongsian dari sahabat kita. Sedarlah semua! Allahuakbar !!!







Rejim Zionis terus mengganas! Tetapi kita di sini masih dibuai mimpi indah, masih dibuai keenakan nikmat dunia... Saat sudah tiba untuk kita turut sama-sama membantu, sumbangkan apa sahaja yang kita mampu.

Allahuakhbar!!!

Video Ketua Tentera Hamas Dibunuh dan Syahid :http://www.youtube.com/watch?v=P6U2ZQ0EhN4&bpctr=1352966421

Adakah anda ambil tahu tentang saudara seagama kita diserang di Gaza? :'(

Sungguh kita selemah-lemah iman, hanya mampu mendoakan dari jauh. Tetapi jika doa pun kita tak buat!???

Renungkan walau di bumi mana anda berada.. Kita masih bernaung di langit yang sama!


Let's pray to seek Allah's help in fighting the muslims' enemy..May Allah give protection to Gaza people and to all muslims...
Dalam serangan rejim zionis Israel ke atas Ketua Tentera Hamas, Ahmed Al-Jaabari telah terbunuh. Keretanya hancur, hangus terbakar terkena serangan roket, namun ajaibnya senaskhah Al Quran di dalam keretanya cuma terbakar sedikit sahaja. Allahuakhbar!!!

p/s : Let's pray for Palestin.
 
Foto: As-Syahid Ahmad Ja'bari atau gelarannya Abu Muhammad.

'Semoga beroleh syahid untuknya'

Sumber:
Hani Saleem



Zionis Semakin Mengganas, Namun Umat Masih Ketiduran.

Kita akan dipersoalkan di depan Allah nanti apakah tanggungjawab kita terhadap saudara seagama kita yang berada disana? Sekurang-kurangnya kita berdoalah untuk mereka.

SABDA NABI "Seorang Muslim itu adalah bersaudara dengan Muslim yang lain. Dia tidak boleh menganiayanya dan tidak boleh menyerahkannya (kepada musuhnya)." (Muttafaq alaihi)
 
England| Protest in Leeds in solidarity with the Palestinian people

Montreal-Protest against attack on Gaza 
*Salah seorang mujahidin Syria sedang mendukung anak perempuannya dalam keadaan tangan kirinya memegang senjata bersedia bila-bila masa untuk ke medan jihad . 


Innalillah...Tersentuh hati melihat jasad si kecil yang tidak berdosa ini, Inilah wajah syurga Allah...Ya Allah. Selamatkanlah saudara kami di Gaza Palestine. Hancurkanlah anjing tentera Israel Laknatullah. — 

Doa untuk saudara-saudara kita di sana :-
Allahumma suril islam wal muslimin wal mujahidin fi Falastin wafi Syria wafi Iraq wafi Rohingya wafi Indonésie wafi Malazia wafi kullizaman wafi kullimakan .

Ke mana lagi harus mereka pergi?

"Kami tidak akan meninggalkan Gaza, sesungguhnya ini adalah perjuangan kami dan kami membawa amanah dari ummat Islam seluruh dunia untuk mempertahankan bumi ini!"
Mesir mengarahkan sempadan dibuka sepenuhnya bagi menerima pesakit-pesakit yang cedera dari Gaza.

Mereka yang bukan islam juga bangkit menyuarakan hak kemanusiaan, kita saudara seislam ini bagaimana.?

#PrayForGaza
Now| Malaysia | Protests against the israeli attack on Gaza 

* Ya Allah , selamatkanlah saudara-saudara kami di Palestine . Allahumma ameen wa thumma ameen .

Thursday 15 November 2012

Rokok ~ Part 4 ~

Saya rasa ini MUNGKIN PENGAKHIRAN ROKOK kowt ..Tak tahulah lagi , kalau tercetusnya idea lagi nak menulisnya ..
*Jom baca tips cara berhenti merokok :*
1.Bulatkan tekad untuk berhenti merokok . Ingat hukum merokok adalah HARAM . Bayangkan NERAKA di depan mata untuk  memangil-manggil dan mempelawa anda untuk jejak ke sana .
2.Sibukkan diri anda untuk melakukan hal-hal yang bermanfaat . Misalnya , solat sunat taubat , membaca al-Quran , berzikir dan sebagainya .
3.Bersabarlah dan jangan putus asa untuk menjauhkan diri anda dengan ROKOK .
Bersabar dengan dugaan .
InsyaAllah kita raih Syurga bersama-sama . Ameen :)
InsyaAllah , Ayuh jadi Orang Baik !

Akhir sekali , dengarlah sajak daripada saya :- Rokok Durjana .


Setiap Langkah Aku Menghitung
Setiap Waktu Aku Mengira
Ku Masih Dengan Angan-Angan Ku
Setia Seperti Mulanya 

Rokok
Telah Aku Lalui Ketagihan Mu
Telah Ku Sanjungi Kemasyuran Mu
Kerana Mu Aku Bergaya
Berlagak Bagaikan Seorang Dewasa

Rokok
Mengapa Engkau Diciptakan / Hadir Dalam Hidupku
Engkau Sebenarnya Bawa Kemusnahan
Menjadikan Aku Sebagai Hambamu
Sedangkan Aku Adalah Hamba Kepada Yang Satu
 Aku Telah Tertipu Dengan Kemasyuran Mu

Rokok Durjana
Tapi Kau Sebenarnya Tidak Membawa Apa-Apa
Sebaliknya Kau Merupakan Alat Yang Dusta
Engkau Tinggalkan Penyakit Yang Merbahaya
Dan Kau Membawa Kemusnahan Kepada Semua

Janji Tulus Membawa Erti
Telah Ku Semai Niat Yang Suci
Untuk Ku Tidak Mengingati Mu Lagi
Walau Sedetik Tidak Ku Kesali

Sinar Mentari Yang Indah Permai
Memberi Nafas Baru Buat Diriku
Telah Aku Temui Kedamaian Yang Hakiki
Ku Campak Jauh Namu Mu Dari Lubuk Hati Ku

Aku Benci Rokok
Aku Berhenti Merokok
Aku Tidak Mahu Merokok

Akhir kata , sekian Assalamualaikumw.b.t.

"Katakan TAK NAK KEPADA ROKOK!"

Rokok ~ Part 3 ~

Rokok dah dinaikkan harga tapi rasanya para perokok tegar tak heran pun setakat naik 20 sen bukannya naik 20 ringgit! lagipun para perokok akan buat apa sahaja asal dapat rokok, xde rokok boleh mati gamaknya pada mereka. nak makan hisap rokok nak relax2 pun hisap rokok, sambil pandu kereta, motor dan bas serta lori hisap rokok dan nak berak pun hisap rokok, hisap rokok sambil berak.... cuba anda bayangkan hehheeee....



walaupun macam2 kempen telah di adakan untuk membendung budaya hisap rokok dikalangan makluk bernama manusia di dunia ini termasuk negara kita namun itu seumpama mencurah air di daun keladi... hisap rokok bukanya mati terus apa mereka kesahkan... yang paling kita menyampah ialah ada dinatara member kita sendiri yang merokok dan mereka hisap rokok apabila bersama dengan kita walaupun mereka tau kita tak hisap rokok tapi biasalah minda mereka sudah gelap, rosak dan hancur mereka tiada kesedaran bahwa asap rokok itu merbahayakan kesihatan orang yang berdekatan. apakah kita boleh katakan mereka yang hisap rokok itu bodoh, yer memang betul agak kasar perkataannya namun apakah yang harus dikatakan atau diamkan sahaja, andai mereka bijak sudah tentu mereka bukan saja tak merokok malah tidak akan sekali2 membeli rokok.!


merokok membahayakan kesihatan dan terpapar jelas pada kotak rokok siap dengan gambar anggota badan manusia yang telah rosak akibat hisap rokok di letakkan pada kotak rokok namun itu hanyalah sekadar hiasan hodoh sahaja pada mereka tiada memberi sebarang makna... hati mereka sudah gelap, hitam dan kelam.
ada kajian mengatakan orang yang hisap rokok jangka hayatnya lebih pendek berbanding yang tidak merokok. tapi sampai sekarang para perokok masih hidup aman damai dan dengan gembiranya hisap rokok di mana sahaja mereka mahu... beli rokok mahal2 boleh ajer dan itu satu pembaziran yang amat nyata. entah bila mereka akan mengerti akan betapa ruginya hisap rokok... adakah hisap rokok akan membuat seseorang itu nampak hebat? nampak macho? nampak elegan dan sebaginya... aku tak pernah nampak sebegitu, entah aku tak tau... biar para perokok yang menjawabnya,...

"Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada Khamis 18 Oktober 2012, tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus ke 58 peratus berkuat kuasa Jumaat, 19 Oktober lalu.

"Berikutan itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan," kata pengarah urusan BAT Malaysia, William Toh, dalam satu kenyataan.

Harga baru rokok bermula esok adalah seperti berikut:-
 
    Rangkaian DUNHILL                            RM10.20
    Rangkaian KENT                                 RM10.20
    Rangkaian PETER STUYVESANT       RM8.70
    Rangkaian PALL MALL                        RM8.70
    PALL MALL Biasa                                RM10.60
    BENSON & HEDGES                           RM10.20
    LUCKY STRIKE PLAIN                          RM10.60
    ROTHMANS INTERNATIONAL              RM10.60

http://www.sinarharian.com.my/nasional/bat-harga-rokok-naik-mulai-esok

                         
      merokok adalah penyebab utama kepada kanser paru-paru

cuba bayangkan rata2 harga rokok RM10.00 lebih sekotak dan harga itu agak tinggi jika dibandingkan manfaat yang didapati dari menghisap rokok... kalau perokok menghabiskan 10 kotak sebulan bermakna RM 100.00 sudah dihabiskan begitu sahaja....... hemmmmmmmmm... perokok ni kaya2 agaknya... kan... setakat RM 10.00 bila2 masa jer hehehe bagi merakala
h agaknya... 
Layari link ini :-
http://www.youtube.com/watch?v=w3Sdij6Gylo  merokok difatwakan haram di Pahang,adakah perokok mengerti akan hal ini?
Jumpa lagi , ' Rokok ' ~ Part 4 ~



Rokok ~ Part 2 ~

Assalamualaikum , Allahurabb , penatnya masih terasa untukku menaip lagi .. Tapi , tak apa untuk berdakwah mesti kena kuat tak boleh lemah . Kenapa perlu berdakwah ? Ini comment daripada dua orang rakan saya , yang sama dengan saya untuk mencari keredhaan Allah dengan berdakwah ..Syakirah tu , kawan saya form 1 tapi Da'ie Muda tu senior saya , form 5 .. Apa-apa pon ' alfun syukran ya Akhi wa Ukhti '...*comment daripada Facebook niey :)
Bersambung lagi ..
Okey , tamat tutup pasal dakwah .
* Mari kita bandingkan ' harga rokok ' dengan apa yang boleh kita manfaatkan :-
Harga rokok naik RM 0.20

Dunhill Sekotak - RM 10.20

Sehari - RM 10.20 (boleh makan kfc satu set)
Seminggu - RM 71.40 (boleh isi minyak kereta penuh tangki)
Sebulan - R
M 306.00 (boleh bayar duit kereta viva 9 tahun)
Setahun - RM 3,723.00 (boleh bayar duit insuran nyawa)
5 tahun - RM 18615.00 (boleh pergi umrah)
10 tahun - RM 37230.00 (boleh buat duit muka rumah)
20 tahun - RM 74460.00 (so nilaikan sendiri apa yang dapat dibuat dengan amaun ini)

Kepada abe-II pakcik-II datuk-II y perokok tuu , selamat menikmati hari kenaikan harga rokok ya !! takmauu sdeyhh-II tauu :')

: walaupun anda tak sayang diri anda..ngatt lahh ade orangg y sayangg kn anda..jgan biarkan ade tangisan dalam keluarga anda..fuhhh ayat tk bole blaa :

Rokok ~ Part 1 ~

Assalamualaikum .. Apa khabar pesakit-pesakit yang menghisap rokok ? Sihat atau tidak ? Kalau sihat , Alhamdulillah , kalau tidak , Syafakallah . Di sini , saya sebagai seorang anak muda ingin berkongsi seberapa banyak mungkin tentang rokok . Walaupon saya tidak arif lagi bab ini , saya tak pernah kisah kerna Allah bersama saya , saya yakin 100% Allah tak pernah nak susahkan hambaNya untuk berdakwah , jikalau susah itu nama ' ujian ' . Ujian sebagai ' tarbiyyah diri kita ' sendiri . Sebelum itu , saya ingin mengingatkan kepada anda semua , jika saya menulis bukan kerana :-
Kata-kata tersebut dipetik daripada Facebook .

Dan saya berdakwah bukan kerana , saya lebih hebat tetapi :-

*Kerana diri saya masih hina dan dhaif di hadapan Sang Pencipta .*
Ayuh , berhentilah gejala merokok kerana merokok memudaratkan kesihatan . Jom tengok hujah-hujahnya :


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawamerokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Keterangan/Hujah: 
 

1.  Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:
 
i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
 
ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.
 
iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
 
iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
 
v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:
 
a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
 
b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
 
c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”.(Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
 
d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”
 
e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:
 
i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.
 
vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.
 
Antaranya seperti berikut:
 
a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.
 
b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.
 
c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.
 
2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.
 
3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyahmenyatakan:

“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”

“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”
 
Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.
*Jika tidak yakin dan percaya , sila layari :- http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/merokok-dari-pandangan-islam .
Okey , sekian . Assalamualaikum , jumpa lagi di ' Rokok ~ Part 2 ~ .