Thursday 15 November 2012

Rokok ~ Part 4 ~

Saya rasa ini MUNGKIN PENGAKHIRAN ROKOK kowt ..Tak tahulah lagi , kalau tercetusnya idea lagi nak menulisnya ..
*Jom baca tips cara berhenti merokok :*
1.Bulatkan tekad untuk berhenti merokok . Ingat hukum merokok adalah HARAM . Bayangkan NERAKA di depan mata untuk  memangil-manggil dan mempelawa anda untuk jejak ke sana .
2.Sibukkan diri anda untuk melakukan hal-hal yang bermanfaat . Misalnya , solat sunat taubat , membaca al-Quran , berzikir dan sebagainya .
3.Bersabarlah dan jangan putus asa untuk menjauhkan diri anda dengan ROKOK .
Bersabar dengan dugaan .
InsyaAllah kita raih Syurga bersama-sama . Ameen :)
InsyaAllah , Ayuh jadi Orang Baik !

Akhir sekali , dengarlah sajak daripada saya :- Rokok Durjana .


Setiap Langkah Aku Menghitung
Setiap Waktu Aku Mengira
Ku Masih Dengan Angan-Angan Ku
Setia Seperti Mulanya 

Rokok
Telah Aku Lalui Ketagihan Mu
Telah Ku Sanjungi Kemasyuran Mu
Kerana Mu Aku Bergaya
Berlagak Bagaikan Seorang Dewasa

Rokok
Mengapa Engkau Diciptakan / Hadir Dalam Hidupku
Engkau Sebenarnya Bawa Kemusnahan
Menjadikan Aku Sebagai Hambamu
Sedangkan Aku Adalah Hamba Kepada Yang Satu
 Aku Telah Tertipu Dengan Kemasyuran Mu

Rokok Durjana
Tapi Kau Sebenarnya Tidak Membawa Apa-Apa
Sebaliknya Kau Merupakan Alat Yang Dusta
Engkau Tinggalkan Penyakit Yang Merbahaya
Dan Kau Membawa Kemusnahan Kepada Semua

Janji Tulus Membawa Erti
Telah Ku Semai Niat Yang Suci
Untuk Ku Tidak Mengingati Mu Lagi
Walau Sedetik Tidak Ku Kesali

Sinar Mentari Yang Indah Permai
Memberi Nafas Baru Buat Diriku
Telah Aku Temui Kedamaian Yang Hakiki
Ku Campak Jauh Namu Mu Dari Lubuk Hati Ku

Aku Benci Rokok
Aku Berhenti Merokok
Aku Tidak Mahu Merokok

Akhir kata , sekian Assalamualaikumw.b.t.

"Katakan TAK NAK KEPADA ROKOK!"

No comments:

Post a Comment