Thursday 15 November 2012

Rokok ~ Part 3 ~

Rokok dah dinaikkan harga tapi rasanya para perokok tegar tak heran pun setakat naik 20 sen bukannya naik 20 ringgit! lagipun para perokok akan buat apa sahaja asal dapat rokok, xde rokok boleh mati gamaknya pada mereka. nak makan hisap rokok nak relax2 pun hisap rokok, sambil pandu kereta, motor dan bas serta lori hisap rokok dan nak berak pun hisap rokok, hisap rokok sambil berak.... cuba anda bayangkan hehheeee....



walaupun macam2 kempen telah di adakan untuk membendung budaya hisap rokok dikalangan makluk bernama manusia di dunia ini termasuk negara kita namun itu seumpama mencurah air di daun keladi... hisap rokok bukanya mati terus apa mereka kesahkan... yang paling kita menyampah ialah ada dinatara member kita sendiri yang merokok dan mereka hisap rokok apabila bersama dengan kita walaupun mereka tau kita tak hisap rokok tapi biasalah minda mereka sudah gelap, rosak dan hancur mereka tiada kesedaran bahwa asap rokok itu merbahayakan kesihatan orang yang berdekatan. apakah kita boleh katakan mereka yang hisap rokok itu bodoh, yer memang betul agak kasar perkataannya namun apakah yang harus dikatakan atau diamkan sahaja, andai mereka bijak sudah tentu mereka bukan saja tak merokok malah tidak akan sekali2 membeli rokok.!


merokok membahayakan kesihatan dan terpapar jelas pada kotak rokok siap dengan gambar anggota badan manusia yang telah rosak akibat hisap rokok di letakkan pada kotak rokok namun itu hanyalah sekadar hiasan hodoh sahaja pada mereka tiada memberi sebarang makna... hati mereka sudah gelap, hitam dan kelam.
ada kajian mengatakan orang yang hisap rokok jangka hayatnya lebih pendek berbanding yang tidak merokok. tapi sampai sekarang para perokok masih hidup aman damai dan dengan gembiranya hisap rokok di mana sahaja mereka mahu... beli rokok mahal2 boleh ajer dan itu satu pembaziran yang amat nyata. entah bila mereka akan mengerti akan betapa ruginya hisap rokok... adakah hisap rokok akan membuat seseorang itu nampak hebat? nampak macho? nampak elegan dan sebaginya... aku tak pernah nampak sebegitu, entah aku tak tau... biar para perokok yang menjawabnya,...

"Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada Khamis 18 Oktober 2012, tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus ke 58 peratus berkuat kuasa Jumaat, 19 Oktober lalu.

"Berikutan itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan," kata pengarah urusan BAT Malaysia, William Toh, dalam satu kenyataan.

Harga baru rokok bermula esok adalah seperti berikut:-
 
    Rangkaian DUNHILL                            RM10.20
    Rangkaian KENT                                 RM10.20
    Rangkaian PETER STUYVESANT       RM8.70
    Rangkaian PALL MALL                        RM8.70
    PALL MALL Biasa                                RM10.60
    BENSON & HEDGES                           RM10.20
    LUCKY STRIKE PLAIN                          RM10.60
    ROTHMANS INTERNATIONAL              RM10.60

http://www.sinarharian.com.my/nasional/bat-harga-rokok-naik-mulai-esok

                         
      merokok adalah penyebab utama kepada kanser paru-paru

cuba bayangkan rata2 harga rokok RM10.00 lebih sekotak dan harga itu agak tinggi jika dibandingkan manfaat yang didapati dari menghisap rokok... kalau perokok menghabiskan 10 kotak sebulan bermakna RM 100.00 sudah dihabiskan begitu sahaja....... hemmmmmmmmm... perokok ni kaya2 agaknya... kan... setakat RM 10.00 bila2 masa jer hehehe bagi merakala
h agaknya... 
Layari link ini :-
http://www.youtube.com/watch?v=w3Sdij6Gylo  merokok difatwakan haram di Pahang,adakah perokok mengerti akan hal ini?
Jumpa lagi , ' Rokok ' ~ Part 4 ~



No comments:

Post a Comment