Beliau seorang Ummi kepada 5 orang anak . Beliau seorang yang penyayang . Beliau seorang yang lemah lembut seindah bicara kata . Beliau seorang pembantu tadbir di HTAA . Beliau dilahirkan pada 24 Januari 1964 . Beliau seorang yang baik hati . Beliau seorang kaki shopping seperti saya . Beliau seorang kaki novel seperti saya . Eheem , mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasinya kan ? Hehehehe , memandai jerr Alya nie kan ? Tapi , Ummi nie best sporting sangat . So , Alya bersyukur dapat Ummi macam nie :) Alhamdulillah :)
Semoga Allah merahmati usia Ummi . Ameen .
Ohh ya , pengorbanan Ummi kepada kami adik - beradik cukup banyak tak terkira dek jari kami , .. itulah pengorbanan seorang ibu .. Ummi terima kasih di atas segala-galanya ! We all love you :) <3 Ketika sakit , Ummi lah menjaga kami , kekadang sampai tak tertidur sanggup bersengkang mata kerana kami .. O Allah , hebatnya seorang wanita !!!
Okey kembali ke zaman nostalgia yakni zaman Alya tak lahir lagi dekat bumi Allah ini .. Nak tahu tak Ummi nak bagi nama Alya sebenarnya apa ? Alya Hakimah bukannya Alya Fahimah tetapi Abah kata tak boleh bagi nama Alya Hakimah sebab zaman Alya ada hakim yang tak adil , so Abah dan Ummi mengambil kata sepakat untuk meletakkan nama Alya sebagai Alya Fahimah . InsyaAllah , sampai bila-bila namaku , Alya Fahimah , nama sehingga Allah memanggilku di hari kiamat !!!
![]() |
| Me with Ummi . |
![]() |
| Alya dan Ummi . Gambar waktu pergi Umrah tahun lepas sebenarnya ;) |
Ohh ya , waktu kecik-kecik dulu , Alya suka menyanyikan lagu nie untuk Ummi .. Hehhehe , zaman prasekolah dulu-dulu laa .. http://www.youtube.com/watch?v=tlyR4yx8DwI . * Bukalah lagu tu *
Now , lagu terbaru pulak yang diubahsuai oleh seorang Hamba Allah .. Best jugak lagu nie .. http://www.youtube.com/watch?v=SwcrtnNj83k * Buka lagi *
Okey sekian .. Assalamualaikum ..
Ighfirlana ya Ummi !! Redhakan lah anakmu untuk menuju ke Syurga . Doakan kejayaan anakmu ini , kejayaan dunia akhirat . Kerana , syurga itu di bawah telapak kaki seorang ibu .
![]() |
| Hahahaha , suka tengok soalan-soalan nie .. sebab memang kami selalu tanya Ummi pon .. |


.jpg)
No comments:
Post a Comment